Kami menyediakan perkhidmatan 2 unit secure dns server DoH (dns over HTTPS) / DoT (dns over TLS) kepada pengguna internet semua secara PERCUMA. Ini selaras dengan gembar-gembur berita terkini yang menyatakan ada “pihak tertentu” menyekat, menapis dan memantau aktiviti pengguna di internet di peringkat syarikat penyedia internet ISP/Telco.
MyBSD DNS ini juga bertindak “menghalau” laman sesawang/domain scammer / jahat pada peranti anda. Jangan jadi mangsa “penyamun cyber” seperti orang lain !! Sila ambil iktibar.
Kalian boleh memasukkan setting secure dns server MyBSD di komputer, peranti tablet dan di telefon bimbit.
1. Server pertama
DoT = kerambit.MyBSD.org.my (untuk pengguna dengan IPv4/IPv6)
— untuk di guna pada setting peranti tablet dan telefon bimbit
DoH = https://kerambit.mybsd.org.my:8443/dns-query (untuk pengguna dengan IPv4/IPv6)
— untuk di guna pada aplikasi pelayar di komputer atau telefon bimbit/tablet
2. Server kedua
DoT = manis.MyBSD.org.my (untuk pengguna dengan IPv6 sahaja)
— untuk di guna pada setting peranti tablet dan telefon bimbit
DoH = https://manis.MyBSD.org.my/dns-query (untuk pengguna dengan IPv6 sahaja)
— untuk di guna pada aplikasi pelayar di komputer atau telefon bimbit/tablet
A. kerambit.mybsd.org.my
IPv6: 2407:3640:2218:3422::1
B. manis.mybsd.org.my
IPv6: 2a13:e3c1:40f7:b00b::53:853
Panduan untuk konfigurasi secure dns MyBSD (DoH/DoT) pada peranti anda (telefon bimbit, tablet, komputer, server, router):
NOTA:
– penggunaan secure dns DoH / DoT bergantung kepada versi terkini aplikasi pelayar dan telefon bimbit anda yang boleh menyokong fungsi DoH dan DoT SAHAJA.
– secure dns server ini menyokong rangkaian yang menggunakan IPV4 dan IPV6 !
– INGAT ! penggunaan secure dns ini tidak bererti anda 100% terjamin, tetapi sekurang-kurangnya ada “filtering layer” awal di hadapan peranti anda.
– Jika ada sebarang masalah/bantahan/kecaman/hinaan sila email kepada kami: hostmaster[AT]MyBSD.org.my