MyBSD tahun 2015
Salam sejahtera kepada semua penggemar / peminat opensource di bulan Jun 2015. Kami di MyBSD mungkin tidak aktif buat beberapa ketika pada tahun-tahun sebelum ini, masing-masing di kalangan kami sangatlah sibuk dengan urusan keluarga, adik beradik, saudara mara, kerjaya, GST, kambing, ayam itik, masalah sosial dan segala 1001 macam urusan duniawi yang tidak habis sehingga kiamat. Jika kami bersemadi di sini, usah di tangisi !! Hell Yeahh !!
Announcement : MyBSD
CVSUP mirror untuk FreeBSD dan OpenBSD
MyBSD Wajah Baru
Sekadar pemberitahuan kepada semua pelawat laman web, laman web MyBSD kini berwajah baru dan kami juga telah mewujudkan forum untuk memudahkan interaksi/pertanyaan/sebarang komunikasi. Kami mengalu-alukan kepada semua agar anda mendaftar di forum kami dan ianya PERCUMA !! Sila ke menu forum untuk melihat & mendaftar.
Sokongan SSL dan Vhost dalam Gelojoh Web Server
Gelojoh (Web Server Ciptaan MyBSD) dalam versi terbaru kini telah dibuat semula supaya support SSL (secure socket layer ) & Vhost (virtual host). Benda ini masih dalam peringkat beta tetapi sepatutnya telah boleh berfungsi (walaupun tidak 99.9%) sempurna. Untuk SSL, server key boleh di buat secara ‘auto-generate’ atau anda mahu generate sendiri atau anda boleh memohon dari mana-mana CA yang bertauliah.
SSL support ini cuma untuk Gelojoh yang running atas UNIX platform sahaja, belum lagi support untuk versi win32. Sila rujuk penerangan berkaitan support SSL/vhost di: http://gelojoh.mybsd.org.my/gelojoh-current/SSLREADME.TXT dan untuk versi terkini Gelojoh di http://gelojoh.mybsd.org.my/gelojoh-current/ Jika ada sebarang pertanyaan / laporan berkaitan ‘bugs’ sila beritahu kepada kami melalui apa sahaja medium.
Tools burn CD dalam platform UNIX
Tools burncd ini adalah berasal dari /usr/sbin/burncd adalah untuk write cd/cdrw dalam UNIX platform, telah di fix dan di patch dan di terjemahkan sepenuhnya ke bahasa ruby oleh encik SkyWizard. Ia cuma berfungsi untuk CDR IDE/ATAPI sahaja, tidak berfungsi untuk SCSI. Untuk penerangan lanjut sila ‘man burncd’�. Untuk maklumat lanjut sila masuk ke: https://staff.mybsd.org.my/skywizard/devel/ATA/
MyTBS
Tunnel broker kami telah diperbaharui. Sila kunjungi laman Tunnel Broker MyBSD untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
MyBSD Tunnel Broker
Laman https://tbroker.MyBSD.org.my telah dikemaskinikan.
MyBSD Opensource Mirrors
MyBSD melalui pasukan mirror nya telah membuat ‘mirror’ beberapa aplikasi opensource bagi melajukan/memudahkan muat turun untuk pengguna-pengguna di Asia Tenggara dan Malaysia khasnya. Beberapa mirror ini telah diterima sebagai mirror rasmi untuk Asia/Malaysia. Harap anda semua mendapat manfaat sebaiknya dari mirror yang telah dibuat ini. http://mirrors.MyBSD.org.my. Jika ada sebarang masalah/pertanyaan/cadangan berkenaan mirror itu sila e-mail ke pasukan kami di: mirror(AT)MyBSD.org.my
